Seorang Muslim Yang Bersikap Prihatin

  • Di antara keunikan yang terdapat di dalam hadis qudsi, adalah kebiasaannya ia mengandungi susunan kata yang lembut, serta menyentuh perasaan bagi mereka yang mendengar dan membacanya.

     

     

  • Setiap di antara kita pastinya tidak terlepas daripada ujian dan cabaran dalam kehidupan. Ada di antara saudara kita yang diuji kesihatannya, ada yang diuji melalui pekerjaan, perniagaan dan kewangan yang terjejas, dan ada juga yang berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan keluarganya.

     

     

  • Sudah pastinya, kita sebagai individu yang menyaksikan perkembangan tersebut, tidak mampu untuk menyelesaikan segala permasalahan tersebut. Namun sekurang-kurangnya, berikanlah panduan kepada saudara kita itu untuk mendapatkan bantuan dari badan-badan yang bersesuaian. Zahirkan keprihatinan akan situasi dan keadaan mereka.