Persiapan Keluarga Untuk Hari Akhirat

  • Rasulullah s.a.w sering mengingatkan kita akan kepentingan persiapan untuk menempuh hari qiyamah. Mengapakah sedemikian? Ia tidak lain dan tidak bukan adalah supaya setiap individu mukmin semakin kuat dan gigih berusaha serta beramal. Kerana walau bagaimana hebat sekalipun kehidupan dunia seseorang, tiada yang akan kekal buat selama-lamanya. Aset yang kita agungkan, rumah yang kita hiaskan, anak-anak dan keluarga yang kita banggakan, semua ditinggal kebelakang.

  • Menyayangi ahli keluarga kita dan menginginkan kebaikan buat mereka bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga boleh dimulakan dengan kita memastikan mereka semua mempelajari dan memahami ilmu agama dengan sebaiknya. Dengan adanya ilmu agama, keluarga kita akan lebih memahami tuntutan agama Islam, melaksanakan perintah Tuhan dan berusaha menjadi insan yang mulia dan cemerlang.