Menghayati Tujuan dan Maksud Kehidupan

  • Kini kita sudah hampir memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Pada saat dan detik ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan membuat perhitungan diri. 
  • Jangan kita menjadi seperti sebahagian individu yang mana Nabi s.a.w. menyifatkan sebagai orang yang rugi kerana Ramadan datang kemudian berlalu pergi, sedangkan dirinya tidak mendapat pengampunan Tuhan. 
  • Mudah-mudahan segala amal ibadah yang kita laksanakan pada bulan Ramadan kali ini dihiasi dengan kesungguhan dan keikhlasan.