Kepentingan Bersikap Positif

  • Kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t. di atas umur yang dikurniakan. Ia merupakan  peluang untuk sekali lagi beramal soleh dan menyebarkan kebaikan dan keihsanan kepada semua yang berada di sekeliling kita. Alhamdulillah.

  • Meninggalkan amalan, tabiat dan perbuatan yang buruk, yang tidak disukai Allah s.w.t., merupakan satu usaha murni yang dianjurkan. Setiap langkah yang kita ambil untuk memperbaiki diri kita, untuk membangun keperibadian diri kita sebagai seorang mukmin, adalah amal soleh di sisi Islam.

  • Ayuh! Kita gunakan ketibaan tahun baru ini untuk kita menanam azam baru di dalam kehidupan. Marilah kita memperbaharui niat agar menjadi versi diri yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Kita tinggalkan segala tabiat-tabiat yang menjejas kemakmuran diri dan keluarga. Kita maafkan segala salah silap yang dilakukan terhadap diri kita, agar diri ini bersih dari sifat hasad dengki. Kita tanamkan semangat yang cekal di dalam hati ini. Semuanya demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.