Menyantuni Keluarga Melalui Bimbingan

  • Institusi keluarga merupakan batu asas masyarakat dan negara. Apabila keluarga berjaya, maka seluruh masyarakat juga akan ikut berjaya. Namun jika dibiarkan keluarga tanpa bimbingan, maka setiap daripada anggotanya akan hilang arah. 
  • Ini lebih-lebih lagi memandangkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi anak muda kita. Mereka berhadapan dengan pelbagai tren dan budaya. Ada tren dan budaya yang sihat, namun, banyak tren yang membimbangkan. Maka tanggungjawab kita adalah untuk membantu keluarga dan anak-anak kita agar dapat mengharungi cabaran kehidupan dengan berjaya.