Memerhatikan Aspek Kesederhanaan

  • Berkaitan dengan panduan agama untuk memerhatikan aspek kesederhanaan, ia bukan hanya terbatass pada amalan dan ibadah semata-mata. Bahkan, sempena hari raya ini, perhatikan panduan al-Quran bagi masyarakat Islam ketika kita menyajikan atau menjamu juadah yang disediakan. 
  • Pemakanan yang diredhai Allah ialah pemakanan yang dapat menghasilkan manfaat buat diri kita dan masyarakat, dan bukan sekadar memenuhi hasrat serta keinginan nafsu semata-mata. 
  • Pengambilan pemakanan yang Halal lagi baik merupakan sebahagian daripada faktor yang menyumbang kepada tubuh badan yang sihat. Muslim yang sihat dan kuat, adalah lebih dicintai oleh Allah s.w.t. daripada Muslim yang lemah.