Uswatun Hasanah – Sikap Memberi

  • Namun, dalam melaksanakan seruan agama untuk banyak memberi, hendaklah kita sentiasa beringat untuk melakukan kebaikan secara adil. Dalam memberi atau menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, hendaklah kita tidak terlepas pandang terhadap tuntutan yang utama.

     

     

  • Pihak yang paling utama yang perlu diberi perhatian adalah ahli keluarga kita sendiri. Mereka lah yang paling utama mendapat keihsanan dari kita. Janganlah sampai terlalu bersemangat untuk memberi dan menghulurkan bantuan di luar, sehinggakan ahli keluarga sendiri berada dalam keadaan yang memerlukan. Bak kata pepatah, anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran.

     

     

  • Menghulurkan sumbangan bukan sekadar memberikan wang atau harta kepada mereka yang memerlukan, tetapi apa sahaja yang bermanfaat dan dapat mendekatkan diri kepada Allah, juga dianggap sebagai sedekah.