Memelihara dan Menghargai Anugerah Allah (s.w.t)

  • Hidup berbaik-baik sesama manusia dan membela keadilan adalah merupakan asas penting bagi kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Nikmat keamanan dan kesejahteraan hidup yang kita kecapi sehingga ke hari ini merupakan suatu usaha kolektif kita sebagai sebuah masyarakat.
  • Terdapat pelbagai iktibar dan pengajaran daripada krisis ini buat kita semua. Seorang mukmin perlu berusaha untuk mempertingkatkan kehidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Sama ada dalam memperkukuhkan pendidikan dengan meningkatkan ilmu dan kemahiran, memantapkan ekonomi dan pekerjaan, mahu pun memperbaiki jati diri dengan menghayati nilai akhlak dan budi pekerti yang mulia.