Memupuk Sifat Syukur

  • Sebaik-baik kisah yang patut diteladani oleh seorang Muslim adalah kisah Para Anbiya’ yang diceritakan di dalam Al-Quran. Kisah-kisah tersebut mengandungi petunjuk dan pelajaran yang baik bagi seorang Muslim untuk menjalani kehidupan mereka di dunia.

  • Di antara sebab Nabi Sulaiman (a.s.) disifatkan dalam Al-Quran sebagai seorang berilmu dan berhikmah adalah kerana beliau mengetahui hakikat sesuatu nikmat dan meletakkannya pada tempat yang sesuai dan munasabah.

  • Syukur bukanlah hanya terletak pada lisan dengan mengucapkan “Alhamdulillah”. Akan tetapi, hakikat syukur itu adalah apabila sesuatu nikmat itu diletakkan pada tempatnya untuk mencapai keredaan Allah (s.w.t.).