Puasa Mendisiplinkan Jiwa

  • Perintah berpuasa diturunkan kepada kita hanya untuk satu matlamat. Iaitu ia bertujuan untuk membina ketakwaan dalam diri. Ketakwaan yang menyuluruh. Sehingga merangkumi setiap perbuatan kita baik yang zahir mahupun amalan yang batin, seperti niat yang baik.
  • Kita seharusnya mengambil pengajaran daripada ibadah kita ini. Tinggalkan berlebih-lebihan dan hanya mengambil kadar yang diperlukan sahaja. Seperti contoh, pada waktu berbuka puasa. Elakkan daripada berlebih-lebihan kerana takut berlakunya pembaziran. Dan pembaziran bukanlah daripada tuntutan agama. Janganlah kita berubah hanya pada bulan Ramadan semata-mata, akan tetapi jadikanlah bulan Ramadan ini sebagai madrasah yang mendidik hawa nafsu kita untuk sentiasa mengejar kebaikan.