Penghayatan Adat Dalam Kehidupan Beragama

  • Sesuatu perbuatan atau percakapan menjadi adat apabila ia diterima sebagai kebiasaan yang diamalkan oleh mana-mana masyarakat, bangsa mahupun kaum. Ia secara tidak langsung mempengaruhi gaya kehidupan kita baik dari sudut tradisional, seperti adat meminta maaf pada Hari Raya, mahupun dari sudut sosial seperti memberikan tempat duduk di kenderaan awam kepada warga emas dan wanita hamil.

  • Walaupun sedemikian, saya pasti bahawa terdapat beberapa persoalan yang berlegar di fikiran tatkala tajuk ini dikedepankan. Apakah pandangan agama tentang adat? Adakah ia selari atau bercanggahan?

  • Justeru itu, khutbah pada bulan ini berusaha untuk menjelaskan beberapa persoalan yang berkaitan, untuk membina pemahaman yang tepat berkaitan hubungan antara adat dan agama.