Menghormati Wanita

  • Mesej Islam sangat jelas: tiada perbezaan antara lelaki dan wanita pada aspek kemuliaan, kehormatan serta penghargaan, dan kedudukan wanita bukannya lebih rendah daripada kaum lelaki di sisi Tuhan.
  • Antara punca berleluasa kebiasaan yang merendahkan kaum wanita, adalah apabila terdapat kekurangan kesedaran di sisi individu, akan kesan buruk pada sebahagian perbuatan ataupun kata-kata. Satu lagi faktor yang penting ialah perbuatan menyalahkan mangsa. Walaupun menyalahkan mangsa ataupun kepada keadaan kehidupan dunia sekarang ini merupakan jalan keluar yang mudah, namun hakikatnya tiada siapa yang bertanggungjawab ke atas dosa-dosa yang kita lakukan melainkan diri kita sendiri.
  • Marilah kita mengingatkan antara satu sama lain akan kehormatan wanita sepertimana yang ditetapkan Islam. Setentunya kita melaksanakannya dengan penuh adab. Ingatlah bahawa kita perlu sentiasa menghormati wanita dalam kehidupan peribadi mahupun awam. Mulakan dengan ibu, isteri dan anak perempuan kita sendiri. Sebagaimana kita tidak mahu perbuatan orang lain untuk membahayakan ataupun merendahkan mereka.