Uswatun Hasanah – Mengingati Tuhan

  • Kehidupan ini tidak lekang daripada cabaran dan ujian. Adakalanya dugaan kehidupan bukan sahaja meresahkan jiwa dan menyebabkan fikiran tidak tenteram. Sebahagian individu diuji dengan masalah rumahtangga dan keluarga, kehilangan pekerjaan, kehilangan orang terdekat serta kegagalan dalam usaha dan sebagainya. Segala ujian tersebut membawa kepada tekanan jiwa dan perasaan. Malahan dewasa ini, bukan sahaja golongan dewasa, tetapi kanak-kanak juga tidak terlepas daripada kemurungan dan gangguan mental.

     

     

  • Berzikir bukan sahaja terbatas kepada bertasbih secara lisan. Ia dalam pengertiannya yang sebenar adalah mengingati Allah (s.w.t.), tanpa mengira keadaan. Ini bermaksud selain bertasbih, bertahmid dan bertahlil dengan lisan, kita dianjurkan untuk mengingati Allah (s.w.t.) melalui hati dan penghayatan kehidupan serta merenung dan mengambil iktibar daripada kehidupan seharian.

     

     

  • Dalam suasana menghadapi pandemik ini misalnya, ramai juga yang menghadapi tekanan emosi. Untuk menangani masalah ini, terdapat bantuan yang disediakan oleh talian Jagaan Nasional (National Care Hotline) bagi mereka yang memerlukan sokongan emosi. Mudah-mudahan dengan berkongsi masalah yang dihadapi dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.