(Khutbah Raya) DAYA TAHAN KEIMANAN PEMANGKIN KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT

  • Setiap tibanya Aidiladha, kita akan diingatkan tentang kisah Nabi Ibrahim, isterinya Saidatina Hajar serta anaknya, Nabi Ismail a.s. Sangat jelas terpancar dari kehidupan mereka sifat daya tahan dan keyakinan mereka dengan pemeliharaan serta bantuan Allah s.w.t.

     

     

     

  • Kisah keluarga Nabi Ibrahim a.s. ini mengingatkan kita akan kesan daya tahan keimanan. Ia mampu menggerakkan manusia untuk mencapai perkara yang luar biasa. Sama ada dalam mengharungi kesulitan dan mengatasi cabaran kehidupan, mahupun mencapai kejayaan demi kejayaan, keimanan adalah pemangkin serta pencetus.

     

     

  • Ujian boleh melahirkan kebaikan, jika bersikap positif dan mempunyai daya tahan yang kuat. Dan ingatlah juga , bahawa Allah tidak akan menguji kita kecuali Allah tahu kita mempunyai potensi mengatasinya.