Pengajaran daripada Kisah Nabi Ismail A.S.

  • Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Ismail a.s. merupakan kemuncak pengorbanan yang sanggup dilakukan seorang ayah dan anaknya di dalam mentaati perintah Allah s.w.t. Hal ini tidak akan tercapai tanpa sekitaran pembangunan yang sihat sewaktu si anak sedang membesar.
  • Sebagai manusia, adalah lumrah untuk kita mudah terbentuk oleh persekitaran kita. Jika si anak itu dibesarkan dalam persekitaran baik, maka insya Allah dia akan membesar dengan baik. Namun jika sebaliknya, maka ia menjadi satu cabaran yang hebat untuk seseorang itu terbentuk dengan kebaikan. Kisah bagaimana Nabi Ibrahim a.s. membesarkan anaknya Nabi Ismail a.s. merupakan suatu tauladan yang wajar diberikan perhatian dan sekaligus disesuaikan untuk kemahiran keibubapaan kita pada hari ini.