Akhlak Baginda (s.a.w) Ketika Menghadapi Cabaran

  • Ayat 34 dari Surah Fussilat merupakan panduan illahi berkaitan cara yang terbaik untuk seorang mukmin bertindak. Panduan ini adalah penting untuk kita hayati, lebih-lebih lagi berhadapan dengan cabaran kehidupan yang pelbagai.
  • Keburukan bukannya dibalas dengan keburukan yang sama, akan tetapi hendaklah dibalas dengan kebaikan serta cara yang lebih baik. Sehinggakan mereka yang membenci dan memusuhi akan menjadi teman atau sahabat baik.