A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Menunaikan hak: Penjagaan Anak-Anak

  • Agama ini menitikberatkan penjagaan anak-anak secara umumnya, termasuk juga penjagaan anak-anak yatim dan juga anak-anak terbiar. Sehinggakan pada mana-mana kitab fiqh, pasti akan terdapat satu bab yang dikhususkan untuk membahaskan tentang hukum-hakam berkaitan penjagaan anak-anak terbiar (al-manbuz ataupun al-laqit). Segalanya demi menuruti perintah Tuhan untuk menunaikan hak setiap anak dan memelihara keselamatan mereka.

     

     

  • Anak-anak ini memerlukan kepada penjagaan. Kerana ketiadaan ibu dan bapa kandung yang sedia memainkan peranan tersebut. Dari itu, sesiapa yang dengan penuh rela mengorbankan tenaga, masa mahupun harta untuk menyediakan keperluan dan perkara asasi baginya, sikap keihsanan dan rahmah yang dipaparkan ini, dipandang tinggi dan mulia di sisi agama. Bahkan beliau mendapatkan tempat yang begitu dekat di sisi Nabi (s.a.w.).

     

     

  • Pada kesempatan ini, ingin saya mendorong sesiapa yang berkemampuan serta berkesediaan untuk sama ada mengambil serta menjaga anak angkat ataupun menjaga anak titipan (foster care) maka hubungilah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk maklumat lanjut. Ingatlah walaupun mereka bukan anak-anak kita sendiri, akan tetapi keprihatinan dan keihsanan yang kita curahkan kepada mereka, pasti akan mengurniakan kepada kita ganjaran yang besar atas usaha yang kita kerjakan.