Mengakhiri Tahun Dengan As-Salam

  • Maka sifat as-Salam membawa maksud bahawa Tuhan sentiasa menginginkan kesejahteraan dan kebaikan buat kita. Segala ketetapan-Nya, adalah demi kebaikan insan. Demi kesejahteraan kehidupannya di dunia, serta kejayaan di akhirat. Tiada kemudaratan serta bahaya pada segala yang Tuhan tetapkan.

     

     

  • Dalam kita menghayati nama Allah as-Salam, Yang Maha Sejahtera, ia juga perlu diterjemahkan dalam kehidupan kita seharian. Lebih-lebih lagi ketika kita berinteraksi bersama insan lain. Iaitu dengan menyebarkan kesejahteraan dan salam. Ini kerana dalam mengharapkan keamanan dalam kehidupan kita, ia tidak hanya tertakluk kepada pelaksanaan ibadah zikir dan solat sahaja. Ketenangan juga boleh didapati apabila kita menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia.

     

     

  • Seorang Muslim yang beriman kepada Tuhan yang Maha Sejahtera, serta sentiasa mengharapkan kesejahteraan dan keselamatan dalam kehidupannya, beliau pastinya akan berusaha untuk memastikan insan di sekelilingnya juga merasa aman dengan kehadirannya.