Mempertimbangkan Kesan dan Natijah di Sebalik Keputusan

  • Sekiranya kita ingin menyentuh segala akhlak serta nilai yang diajarkan serta ditonjolkan baginda s.a.w., ia merupakan satu usaha yang akan mengambil masa yang panjang. Memandangkan terdapat begitu banyak akhlak dan nilai yang boleh kita jadikan teladan. Akan tetapi pada kesempatan kali ini, ingin saya mengajak anda semua untuk menghayati satu perspektif pada akhlak dan pekerti baginda yang perlu kita hayatinya. Ia merupakan pertimbangan yang diambil baginda pada setiap keputusan, perbuatan dan perbualannya.

  • Mempertimbangkan baik serta buruknya kesudahan sesuatu tindakan ataupun perbualan, merupakan satu perkara yang amat dititikberatkan agama ini. Ia merupakan kesinambungan bagi sifat kebijaksanaan dan hikmah yang perlu dimiliki seorang Mukmin. Sekiranya kita menelusuri hadith-hadith Nabi s.a.w. kita akan mendapati beberapa hadith di mana Nabi s.a.w. menyifatkan diri seorang Mukmin sebagai insan yang bijak.