A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Mengenali Nama Tuhan Ar-Razzaq

  • Di dalam hidup ini, saudara, kita tidak dapat terlepas daripada mengharapkan rezeki pemberian Allah. Jika tidak kerana curahan rezeki-Nya, kita tidak akan mampu meneruskan kehidupan, kerana kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa. Bukan hanya apa yang kita minta. Malah begitu banyak yang kita tidak minta pun diberikan- Nya juga, kerana Allah ar-Razzaq mengetahui segala keperluan hidup kita.

     

     

  • Hamba yang menginsafi maksud di sebalik nama “ar-Razzaq”, tidak akan pernah menyombong. Jiwanya indah dengan kesyukuran bila dicurahkan rezeki, dan itulah yang mendorongnya untuk beribadat dengan sepenuh hati. Dia sedar bahawa Allah tidak memerlukan apa-apapun daripada ketaatannya. Sebaliknya, dialah yang senantiasa memerlukan rezeki Tuhannya.

     

     

  • Inilah yang seharusnya menjadi pegangan kita, saudara, terutama di dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Akan tetapi kita seharusnya membuat perancangan kewangan dengan sebaiknya. Ia merupakan peluang untuk kita berjimat cermat dalam perbelanjaan. Agar perbelanjaan kita tidak melebihi daripada kemampuan. Tambahan dari ini, seorang mukmin yang beriman dengan Tuhan ar-Razzaq tidak akan berputus asa, bahkan beliau akan terus berusaha.