A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Nilai Keadilan (Kisah Umar ibn Al-Khattab R.A.)

  • Islam bukan mendidik kita berkenaan apa yang halal dan haram sahaja, malah ia menekankan peri pentingnya menghidupkan nilai-nilai murni di dalam diri kita ini.

     

     

  • Maka sebagai hamba Allah, sewajarnya kita berlaku adil dengan mengesakan dan mentauhidkan Allah s.w.t. Mengharap dan meminta hanya kepadaNya, juga mentaati segala perintahNya serta menjauhi segala laranganNya.

     

     

  • Nilai keadilan membentuk perilaku seseorang yang memelihara dirinya dan insan lain daripada kemudaratan. Ia juga akan menjadikan kita insan yang berwaspada dalam melaksanakan segala tanggungjawab serta amanah yang dipikul.