Mengingati Ar-Raqib

  • Ternyata melalui penghayatan nama ar-Raqib terdapat dua kesan yang bakal timbul. Yang pertama, ia memberi semangat dan kekuatan bagi setiap individu Mukmin untuk tidak mudah berputus asa ketika berhadapan dengan cabaran hidup. Kerana dirinya sentiasa berada di bawah pengawasan Allah (s.w.t.). Segala yang berlaku berada di bawah pemantauan Tuhan, yang pastinya terdapat hikmah yang tidak dijangka. 
  • Adapun yang kedua, sifat Allah ar-Raqib, seharusnya menimbulkan dalam diri rasa takwa terhadap Allah (s.w.t.). Manakan tidak, sedangkan 24 jam dalam sehari kita sentiasa berada di bawah pengawasan-Nya. 
  • Akan tetapi, hakikatnya adalah kadangkala kita lupa dan alpa bahawa Tuhan sentiasa memerhati. Dari itu, sebahagian insan bertindak dan bertutur, seolah-olah dia terlupa bahawa Yang Maha Esa itu sentiasa memerhatikan segalanya. Tiada tempat di dunia ini di mana kita mampu menyembunyikan diri ataupun menyembunyikan perbuatan kita daripada-Nya.