Menghayati Hikmah Di Sebalik Keputusan Rasulullah

  • Cinta kepada baginda Nabi s.a.w. adalah suatu tuntutan di dalam agama. Bagi umat Islam, ia merupakan pra syarat untuk mendapatkan cinta Allah s.w.t. Dan cinta Nabi ini hendaklah dibuktikan dengan sikap yang betul, iaitu dengan mencontohi akan apa yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

  • Dalam masa kita menghayati erti mencontohi Nabi s.a.w., di sana terdapat perkara yang tidak dilaksanakan Nabi s.a.w. semasa hidupnya, atau dengan kata lain, perkara-perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. daripada melakukannya. Persoalannya sekarang adalah apakah pemahaman yang sebenar di dalam menanggapi perkara-perkara yang tidak dilakukan Nabi s.a.w.?