Pengajaran Daripada Surah Al-Hujurat, Menghayati Hubungan Iman dan Amal

  • Iman merupakan pemberian terbesar Allah s.w.t. kepada hamba-hambaNya. Hati yang dihiasi dengan iman akan sentiasa mencintakan kebaikan, peribadi yang didampingi iman akan sentiasa menjauhi perbalahan, dan persaudaraan yang terjalin di atas dasar iman tidak akan sesekali mencetuskan permusuhan. Iman menghindari kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, dan melaluinya kita diberikan petunjuk ke jalan yang lurus.

  • Saudaraku, sebagai seorang Muslim, kita dituntut untuk berusaha dan membina keimanan yang kukuh, namun untuk mencapainya, perlu diingatkan bahawa iman itu bukanlah sekadar pengakuan secara lisan dan kepercayaan pada hati semata-mata. Malah ia juga mempunyai hubungan bersama amal yang kita kerjakan.