A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Allah Bersama Meraka yang Bersabar

  • Dengan kesabarannya itu, beliau akan sentiasa memohon bantuan dan pertolongan daripada Allah s.w.t. serta beribadah kepada-Nya. Malahan, beliau tidak akan mudah merungut atau berputus asa dengan keadaan yang sedang dihadapinya.

     

  • Kesabaran adalah apabila seseorang itu berusaha untuk menahan dirinya dari mengeluarkan kata-kata, atau perbuatan yang tidak sewajarnya ketika menghadapi sesuatu keadaan. Hatinya kekal beriman kepada Tuhan dan beliau yakini bahawa setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Beliau turut sedari bahawa segala sesuatu itu merupakan sebahagian dari tanda kasih sayang Allah s.w.t. buat hamba-Nya.

     

  • Ketika kita sedang diuji, di sinilah kita perlu ingat dan sering berusaha untuk mempraktikkan kesabaran dalam segala tindak-tanduk kita. Kita terus cekal berusaha untuk mencari huraian. Pada waktu yang sama, meminta pendapat serta bantuan yang lain. Apabila anda meminta bantuan orang lain, ia tidak bererti anda itu kurang kesabarannya. Bahkan ia antara usaha serta tawakkal anda untuk memperbaiki keadaan diri, serta keadaan keluarga.