Menjaga komunikasi antara Keluarga

  • Agama mendorong agar kita sentiasa memerhatikan siapa yang dijadikan teman serta sahabat. Sebagaimana Nabi (s.a.w) bersabda yang bermaksud: “Agama seseorang itu bergantung kepada agama teman dekatnya. Hendaklah kamu memerhatikan, siapa yang dijadikan teman dekatnya.” (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi). Kerana seseorang itu pasti akan terkesan dengan lingkungannya.
  • Kepelbagaian wadah media sosial dan sistem komunikasi memberi kita banyak manfaat. Akan tetapi, ia juga memberi peluang kepada sebahagian individu untuk menyalahgunakan wadah-wadah ini untuk menyebarkan gejala-gejala yang tidak sihat. Di antaranya, seperti penyalahgunaan dadah. Kerana penyalahgunaan segala jenis dadah adalah dilarang agama. Ia menyalahi prinsip pemeliharaan nyawa, jiwa dan akal yang amat dititikberatkan Islam.