Mengikuti jejak langkah Nabi - Menjaga Nikmat Yang Diberikan

  • Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya menjadikan Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai contoh terbaik dalam kehidupan kita. Dan semestinya ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan kita. Baik keperibadian, etika kehidupan, kerohanian hatta dalam urusan seharian kita.
  • Maka mukmin yang bersyukur, sebagai contoh, bilamana bertemu dengan mereka yang sedang mengalami kepayahan hidup, akan menghulurkanlah bantuan semampunya. Bahkan, janganlah kita mengehadkan bantuan kita kepada teman-teman dan jiran tetangga sahaja. Sokonglah dan bantulah organisasi-organisasi amal yang berdaftar dan juga masyarakat secara umum. Ini adalah kerana sikap murah hati serta suka membantu ini juga merupakan sifat dan sikap Baginda (s.a.w).