Memperbaiki hubungan kita bersama Allah s.w.t. dengan Beristiqamah

  • Kini kita berada di penghujung bulan Ramadan. Bagaimana agaknya amalan kita sepanjang bulan ini? Adakah setiap detik yang berlalu kita manfaatkan dengan sebaiknya? Pertingkatkanlah usaha pada 10 malam terakhir ini agar diperbaiki lagi hubungan kita bersama Allah s.w.t.

  • Apabila kita memperbaiki hubungan kita bersama Allah s.w.t. nescaya Allah s.w.t. akan mengurniakan limpahan rahmah-Nya kepada kita. Apatah lagi di penghujung bulan Ramadan dimana Allah s.w.t. mengurniakan kepada hamba-hambaNya yang tekun dan beristiqamah dalam beribadah dengan sebuah anugerah iaitu malam Lailatul Qadr.

  • Antara hikmah disebalik dirahsianya malam Lailatul Qadr adalah agar kita sentiasa tekun dan memanfaatkan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin. Ia juga bertindak sebagai pendorong dan harapan kepada setiap Mukmin untuk melaksanakan sesuatu amalan secara konsisten (istiqamah) dan meraih ganjaran Ramadan walaupun pada saat penghujungnya.