Melaksanakan Amalan Makruf

  • Istilah makruf daripada segi bahasa juga bermaksud “sesuatu amalan yang dikenali”. Ia dinamakan sebagai berikut, kerana setiap jiwa serta minda yang sihat pasti akan mengenalinya serta mengetahui kebaikannya lalu dapat menerimanya untuk diamalkan. 

     

  • Maka ambillah peluang ini untuk mempertingkatkan amal ibadah dengan memperbanyakkan amalan bersedekah, berzikir, membaca al-Quran dan berpuasa di sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, lebih-lebih lagi terdapat anjuran Nabi (s.a.w.) untuk kita berpuasa pada hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah, bersamaan 19 Julai 2021. 

     

  • Maka maksud di sebalik anjuran untuk melaksanakan ibadah korban sebenarnya merupakan dorongan untuk saling bantu membantu antara satu dengan yang lain; tambahan dari itu, untuk berkongsi kelebihan nikmat yang Allah kurniakan buat kita. Maka perhatikan keadaan jiran tetangga, teman dan taulan, sekiranya ada yang berhadapan dengan kesukaran hidup. Pada saat dan ketika ini, ia merupakan makruf yang perlu kita lakukan. Demi membantu antara satu dengan yang lain.