A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Khutbah Aidilfitri 1441H - Kemenangan Setelah Pengorbanan

  • Tahun ini, dan dalam situasi yang luarbiasa ini, Aidilfitri bukan sekadar melambangkan kemenangan. Ia mengingatkan kita akan perjuangan dan pengorbanan yang berterusan dalam kita memainkan peranan untuk melindungi nyawa dan menjaga keselamatan semua. Kita berusaha untuk membuat pelbagai penyesuaian dengan terus duduk di rumah serta beribadah bersama keluarga.

     

     

  • Dalam menghadapi krisis ini, banyak perkara yang telah kita pelajari, tentang diri sendiri dan juga masyarakat kita. Rumah kita kini menjadi tempat kerja, bilik darjah, tempat ibadah dan juga tempat untuk berehat. Dalam suasana sedemikian, kita menyedari bahawa kita memiliki daya tahan serta tahap kesabaran yang diperlukan untuk mengatasi keadaan yang sangat mencabar dalam kehidupan.

     

     

  • Buat masa ini, marilah kita kekalkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama kita dengan menghubungi sanak-saudara menerusi telefon atau talian video seperti Skype, ZOOM, atau Whatsapp dan memohon kemaafan sesama kita. Setelah selesai perbualan, berdoalah untuk mereka.