A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Sikap Tolak Ansur Menjamin Keharmonian

  • Kedamaian dan keamanan merupakan salah satu nikmat terbesar yang Allah beri kepada manusia. Dalam suasana damai, banyak perkara seperti ibadah dan urusan kehidupan dapat dijalankan dengan mudah dan tenang. Begitu juga ketika kedamaian hilang daripada kehidupan, segala urusan kehidupan akan terjejas.

     

     

  • Dunia yang kita diami sekarang ini memiliki kepelbagaian daripada berbagai sudut. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan masing-masing mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Pelbagai spesis yang berlainan warna dan coraknya. Itulah yang menjadikan alam ini lebih menarik dan sedap dipandang mata. Begitulah manusia, masing-masing mempunyai latarbelakang dan cita rasa yang berbeza. Inilah hukum alam yang dicipta Allah untuk mengimbangi landskap keperluan hidup yang rencam.

     

     

  • Perbezaaan yang ada pada diri dan pemikiran manusia sepatutnya dijadikan sebagai kekuatan untuk mengukuhkan lagi perpaduan sesama kita. Ia bukanlah penghalang daripada mendapat kebaikan bersama.