Mengemudi Arus Perubahan Melalui Ilmu

  • Baginda (s.a.w) mengajak kita untuk menjadi insan yang celik akan perkembangan zamannya. Kerana dengan peredaran zaman, ia membawa bersamanya beberapa perubahan. Sesuatu perkara yang menjadi lumrah suatu ketika dahulu, belum tentu lagi menjadi kebiasaan sekarang ini.
  • Perkembangan teknologi yang begitu pesat berlaku sekarang ini. Setentunya ia membawa seribu satu potensi, pada waktu yang sama ia juga menuntut kita untuk sentiasa peka akan perkembangan yang berlaku, serta berusaha untuk membuat penyesuaian yang tertentu.
  • Dengan dunia yang semakin berkembang pesat, begitu juga perkembangan yang disaksikan di alam pekerjaan. Individu yang bijak itu peka akan segala perkembangan tersebut. Dalam rangka usahanya untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin, beliau akan terus menuntut ilmu dan mengasah kemahiran yang sedia ada. Ambil manfaat daripada peluang-peluang yang tersedia ada. Kerana proses menuntut ilmu itu merupakan usaha sepanjang hayat.