Ramadan dan Sifat Bertaqwa

  • Kita bakal berhadapan dengan bulan yang mulia, bulan Ramadan. Bulan yang didambakan oleh setiap Mukmin agar diberi kesempatan untuk bertemu dengannya. Agar dapat melaksanakan ibadah puasa, serta menambahkan amalan soleh padanya.
  • Bulan yang penuh rahmah dan pengampunan Tuhan. Seribu satu peluang dikurniakan Tuhan, untuk insan meningkatkan ketaqwaan padanya. Bermula dengan amalan berpuasa yang bertujuan untuk membina rasa takwa kepada Allah (s.w.t.). Allah (s.w.t.) berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 183: Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.”