Memupuk Sikap Sangka Baik

  • Sikap sentiasa bersangka baik, merangkumi dua situasi dan keadaan. Yang pertama adalah bersangka baik dengan manusia, dan yang kedua bersangka baik dengan tuhan dan dengan ketetapanNya.

  • Dengan bersangka baik terhadap mereka yang berada di sekeliling kita, ia mampu mendatangkan beberapa fadilat dan kelebihan. Antaranya: Ia dapat mengelakkan manusia daripada berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan negara. Ia juga dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam dan mencegah perkara-perkara mungkar dari terus bersarang di hati kita.

  • Sifat baik sangka terhadap Allah akan menimbulkan rasa yakin diri yang kuat di dalam menjalani kehidupan di dunia sesuai dengan petunjuk Allah dan RasulNya. Kecekalan Baginda s.a.w. dalam mengharungi ujian kehidupan adalah bersumberkan sangkaan baik Baginda terhadap Allah, bahawa Allah pasti tidak akan mempersia-siakan usaha dan pengorbanan hamba-hambaNya.