Nilai Menyumbang

  • Pada hari ini, kita mengambil iktibar pengajaran daripada salah seorang lagi sahabat Nabi s.a.w. yang sangat gemar memberi, serta mempunyai nilai menyumbang yang tinggi yang perlu kita contohi. Beliau yang saya maksudkan adalah Saidina Uthman Bin Affan r.a.
  • Selain mendermakan harta yang ada, beliau juga merupakan seorang sahabat yang banyak menyumbang buah fikiran dan menyokong usaha Nabi s.a.w. Begitu juga sumbangannya sebagai seorang pemimpin negara, bagaimana beliau melahirkan beberapa inisiatif demi menjaga kemaslahatan umum.
  • Kisah saidina Uthman r.a. sedikit sebanyak mengajarkan kepada kita bahawa amalan menyumbang tidak terhad pada harta dan benda, terdapat juga wadah-wadah lain dimana kita boleh menyumbang ke arah kebajikan dan pembangunan.