Al-Quran Menyepadukan Antra Berfikir Dan Berzikir

  • Al-Quran sebuah kitab hidayah sepanjang zaman. Al-Sunnah sebagai penjelasan wahyu Ilahi. Kedua-dua kitab mengajak manusia berfikir dan kedua-duanya menganjurkan manusia untuk sentiasa berzikir. Bahkan jauh lebih dari itu, kedua-duanya kerap berbicara secara langsung dengan orang-orang yang berfikir dan berzikir. Allah s.w.t. tatkala berfirman, Dia berfirman kepada orang-orang yang memiliki akal pemikiran, Nabi s.a.w. ketika bersabda, nabi bersabda kepada golongan yang memahami.
  • Begitu jugalah cara kita menyuburkan dan membangunkan penghayatan amalan beragama kita, berfikir dan berzikir harus berjalan seiringan. Gabungan antara berfikir dan berzikir antara memahami dasar-dasar hukum dan kemurnian budi memandu seseorang ke arah memahami ajaran Islam secara adil dan jauh dari kezaliman serta penyimpangan.
  • Adalah menjadi kekurangan jika kita memahami urusan agama tanpa berfikir secara objektif. Begitu juga menjadi kepincangan jika kita memahami agama hanya dengan berzikir sahaja. Keseimbangan kedua-duanya amat diperlukan. Bahkan gabungan kedua-duanya akan melahirkan peribadi mulia yang menjaga dan memelihara sendi-sendi agama dengan baik serta meraikan keluhuran rohani dengan rahmah dan bijaksana