Islam dan Nilai Keinsanan

  • Agama kita membawa nilai-nilai yang sangat murni ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan kehidupan. Ia memupuk sikap kesaksamaan di antara kita, bahawa tiada manusia yang lebih mulia dari yang lain kecuali dengan takwanya.
  • Allah (s.w.t.) menyebutkan beberapa sifat yang terpuji yang dibalas-Nya dengan keampunan serta pahala yang besar. Di antaranya adalah sifat kesabaran, sifat merendah diri kepada Allah dan sifat seorang yang banyak mengingati Allah (s.w.t.).
  • Keagamaan yang sempurna, adalah apabila tambahan daripada menjaga amalan, kita berjaya menjaga adab serta pekerti dalam pergaulan seharian.