Solat Tanda Pengabdian seorang Hamba

  • Ibadah solat itu merupakan wasilah untuk seorang hamba berinteraksi dan mengingati Penciptanya, iaitu Allah (s.w.t).

  • Kerana dengan mengingati Allah (s.w.t) melalui solat, ia memberikan ketenangan kepada hati yang sedang di dalam kesusahan. Sebagaimana ia memberi ketenangan kepada Sayyiduna Muhammad (s.a.w) tatkala berhadapan dengan kegundahan. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, yang bermaksud, ketika mana Rasulullah (s.a.w) berhadapan dengan kesusahan, Baginda (s.a.w) akan mendirikan solat.