Perubahan Memerlukan Pengorbanan

  • Di sebalik segala anugerah Allah yang kita nikmati, dan di sebalik indahnya suasana Hari Raya di sana sini, kita cukup menyedari bahawa hidup kita sebagai manusia di dunia ini tidak pernah lekang daripada cabaran dan ujian.
  • Malah adakalanya cabaran yang kita hadapi terasa terlalu memeritkan, sehingga mungkin ada di antara kita merasakan seolah-olah dunia tidak berlaku adil dengan kita. Justeru itu, bagaimana selayaknya reaksi kita?
  • Dalam mengharungi cabaran-cabaran kehidupan, kita diajar Islam untuk bersungguh-sungguh bangkit membangun kehidupan dan dunia. Inilah golongan yang sanggup bekerja keras dan berkorban demi membawa perubahan dan meraih kebaikan. Inilah golongan yang amat memahami bahawa tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu