Menghayati Isi Kandungan Al-Quran

  • Begitu istimewanya puasa pada hari Arafah, sehingga dosa sepanjang dua tahun akan dihapuskan Allah hanya dengan puasa sehari. Maka usahakanlah agar kita dan keluarga dapat bersama meraih kelebihan ini.
  • Sesuai untuk kita tanamkan tekad untuk kita memperkukuhkan semula hubungan kita dengan kitab suci al-Quran. Marilah sama-sama kita bertekad untuk mempelajari al-Quran serta berusaha untuk memahami isi kandungannya dengan sebaik-baiknya. Terdapat banyak kelas-kelas agama yang disediakan di masjid-masjid, serta pusat pendidikan Islam swasta, untuk kita mempelajarinya, seperti kelas tafsir, tadabbur al-Quran dan lain-lain lagi.