A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Amalan yang Berterusan Sebagai Bekalan Akhirat

  • Segala panduan ini mengajar kita bagaimana Islam sentiasa menitikberatkan untuk tidak mementingkan diri sendiri sahaja. Ia mengajar kita untuk bersikap prihatin kepada insan lain. Untuk menyumbang kebaikan, menderma sebahagian daripada rezeki untuk saudara lain, ataupun untuk satu badan kebajikan dan sebagainya. Segala usaha ini merupakan amalan baik yang berterusan.

     

     

  • Terdapat pelbagai peluang dan ruang untuk kita memberi kesan baik kepada insan lain, lantas menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Antaranya adalah menerusi sumbangan kepada Wakaf Ilmu. Ia adalah satu usaha di mana dana yang dikumpulkan akan membantu institusi pendidikan agama serta pelajar-pelajar yang memerlukan dalam perjalanan mereka mendalami ilmu agama. Ia merupakan ikhtiyar kita untuk memperkasakan lagi pendidikan agama Islam di Singapura.

     

     

  • Tambahan dari itu, Islam tidak pernah membataskan sumbangan seseorang kepada kewangan semata-mata. Bahkan para sahabat dahulu di zaman Nabi (s.a.w.) sentiasa berusaha untuk menyumbang ke arah kebaikan. Yang tiada harta menyumbang tenaga dan buah fikiran. Dan segalanya diterima Baginda (s.a.w.).