Etika Berurusan Dengan Masyarakat

  • Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: Orang mukmin yang bergaul dengan manusia serta bersabar di atas gangguan mereka lebih baik daripada orang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia serta tidak bersabar di atas gangguan mereka. (Hadith riwayat At-Tirmizi).
  • Hadith ini merupakan panduan kenabian bagi seorang untuk hidup bermasyarakat. Ia merupakan pilihan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga para sahabatnya. Nabi Muhammad s.a.w. ketika berhijrah ke kota Madinah, nabi s.a.w. memilih untuk bermastautin ditengah-tengah masyarakat kota Madinah, dan bukannya hidup sendirian ataupun beruzlah. Baginda berinteraksi dengan masyarakat, mendengar keluhan mereka, berurusan dengan mereka.
  • Begitu juga para khulafa’ Ar-Rasyidun. Mereka akan sentiasa memastikan bahawa bukan sahaja diri mereka, bahkan segenap petugas yang di bawah mereka, sentiasa berhubungan dan mengetahui keadaan masyarakat tempatan. Kerana melalui pergaulannya dengan masyarakat awam, beliau mampu untuk berkongsi kebaikan dan melaksanakan kebajikan. Serta saling nasihat menasihati antara satu dengan yang lain.