Kepentingan Memahami Konteks Dan Peredaran Masa

  • Persoalan hukum-hakam bukanlah suatu perkara yang mudah. Sesuatu hukum yang dikeluarkan perlu merujuk kepada dua sumber asas iaitu Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Setelah itu, ditinjau pula kepada kefahaman dan amalan para sahabat terhadap apa yang disampaikan oleh Al-Quran dan sunnah tersebut.

  • Nah di sinilah penting untuk difahami dengan betul, apabila para sahabat mengamalkan sesuatu urusan agama, mereka tidak langsung lakukan apa yang tertera secara zahir dari Al-Quran dan sunnah itu, bahkan mereka juga melihat kepada kesesuaian masa dan suasana untuk mengamalkannya.

  • Mengapa berlaku sedemikian? Jawapannya kerana Nabi s.a.w pun apabila menguruskan pertanyaan sebilangan sahabat mengenai sesuatu perkara, Baginda memberi jawapan yang berbeza mengikut kesesuaian dan keperluan ketika itu.