Kepentingan Nasihat-Menasihati di dalam Agama

  • Antara tugas yang dipertanggungjawabkan kepada para Nabi dan Rasul adalah menyampaikan ayat-ayat suci yang diturunkan oleh Allah kepada umat mereka, menyucikan manusia dari dosa dan noda, dan mengajar mereka al-Kitab dan al-Hikmah.
  • Para Anbiya’ termasuk Junjungan Baginda Nabi Muhammad (S.A.W.) telah berusaha sedaya upaya di dalam memberi bimbingan, peringatan serta nasihat kepada kaum masing-masing dengan segala kemampuan mereka.
  • Banyak yang berlaku dalam dunia hari ini, yang memerlukan nasihat agama. Apatah lagi jika berlaku kecelaruan, kebingungan, kekeliruan, bahkan salah-tafsiran. Perkara-perkara sedemikian semakin menjadi lumrah dalam era teknologi maklumat tanpa sempadan.