Menghadapi Ujian dalam Kehidupan

  • Dunia ini adalah pentas yang memaparkan reaksi manusia tatkala senang atau susah. Kita sering menyaksikan pelbagai bentuk bencana dan kesengsaraan.
  • Jika ada insan yang hilang sifat kemanusiaannya dan sanggup menghina agama orang lain, membakar kitab suci, orang yang beriman tidak harus bertindak balas sama sepertinya. Orang yang beriman meniru kebaikan, dan menambah kebajikan. Tanggungjawab kita adalah untuk berusaha menghiasi diri dengan ajaran kitab suci kita. Biar kita menjadi Al-Quran yang berjalan di muka bumi. Kita memperjuangkan ajaran Al-Quran pada setiap nafas kita.