Menghidupkan Nilai Persaudaraan Dengan Jiran Tetangga

  • Islam tidak hanya mengajarkan kita berkaitan hubungan manusia dengan Allah s.w.t sahaja, akan tetapi Islam juga mengajarkan umatnya untuk hidup bermasyarakat. Islam adalah agama yang mengutamakan kehidupan yang sejahtera dan aman damai. Ia adalah agama yang sentiasa menggalakkan umatnya untuk hidup bersatu-padu dan mengelakkan sebarang bentuk perselisihan atau perpecahan.

  • Pentingnya hak jiran tetangga di sisi tuhan, sehinggakan di dalam al-Quran Allah s.w.t menekankan tentang pentingnya berbuat baik kepada jiran dengan menggandingkannya bersama perintah agar tidak mensyirikkan Allah.

  • Allah s.w.t tidak menciptakan manusia di dunia ini untuk hidup sendirian. Walau sehebat mana sekalipun, kita pasti memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita perlukan keluarga, kita perlukan teman dan kita juga memerlukan kehidupan bermasyarakat. Kehidupan bermasyarakat yang baik bermula dengan kehidupan berjiran yang baik.