Pengajaran daripada Surah Al-Hujurat, Memerhatikan Adab Berbicara

  • Kehidupan kita di dunia ini adalah kehidupan bermasyarakat. Kita sering berinteraksi bersama ahli keluarga kita, teman kerja, jiran tetangga dan juga masyarakat secara amnya. Ia merupakan sebahagian daripada rutin seharian kita. Namun disebalik itu, pernahkah kita terfikir sejenak dan mengimbas semula tingkah laku dan tutur bicara kita bersama mereka? Apakah perkataan yang kita tuturkan saban hari boleh mengguris hati saudara kita? Apakah ia telah mendatangkan keredhaan Allah ataupun sebaliknya?

  • Khutbah pada hari ini memberi kita suatu pengajaran berkaitan adab seorang Mukmin ketika berbicara. Lisan kita adalah suatu anugerah Allah s.w.t. yang terindah. Maka ia juga adalah amanah untuk kita menjaganya dengan sebaiknya.