Kemakmuran Negara Tanggungjawab Bersama

  • Renungkanlah wahai saudara, bagaimanakah perasaan kita sekiranya kita terpaksa meninggalkan tanahair kita buat suatu jangkamasa yang panjang? Bagaimanakah perasaan kita jika perlu berjauhan dari negara, meninggalkan keluarga, teman dan sanak-saudara buat tempoh yang lama? Setentunya perasaan rindu akan menyelubungi hati-hati kita. 

  • Justeru, persoalannya kini adalah bagaimanakah kita boleh menterjemahkan perasaan cinta dan rindu terhadap tanahair ke arah yang membangun? Salah satu caranya adalah dengan menyumbang kepada kemakmuran negara. 

  • Memberikan kemanfaatan kepada manusia merupakan ajaran para Nabi dan Rasul. Kemanfaatan yang mereka hulurkan kepada manusia bukan sahaja melibatkan perkara-perkara berkaitan akhirat, bahkan ia juga meliputi perihal keduniaan.