Mengharapkan Kebaikan Bagi Setiap Insan

  • Setiap di antara kita pastinya berdoa agar dikurniakan kebaikan daripada Allah (s.w.t.) dalam pekerjaan, kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan. Namun, pernahkah kita mendoakan untuk saudara kita yang lain? Pernahkah kita mendoakan kebaikan bagi mereka, sepertimana kita inginkan kebaikan buat diri kita?

     

     

  • Alangkah indahnya sekiranya amalan yang mulia ini dapat dihayati dan dibudayakan dalam kehidupan seharian kita. Ia dapat melahirkan jiwa yang suci, bersih daripada sifat-sifat iri hati, mementingkan diri sendiri dan sebagainya. Ia dapat menghidupkan semangat prihatin dan perasaan kasih sayang sesama kita.

     

     

  • Setiap kita mengharungi pelbagai cabaran yang berbeza. Dalam apa jua keadaan yang kita lalui, sama-samalah kita memperkukuhkan hubungan kita dengan Allah serta sesama manusia. Tingkatkan keimanan kita kepada Allah (s.w.t.), pupuklah sifat rahmat dan kasih sayang sesama insan, dengan sentiasa memanjatkan doa sesama kita. Rebutlah peluang untuk terus menyatukan perhubungan yang ada. Lebih-lebih lagi berhadapan dengan cabaran masa kini, kita saling perlu memerlukan antara satu dengan yang lain.