Pengajaran daripada Surah Al-Hujurat, Mendamaikan Persaudaraan

  • Hati insan ini seumpama sebuah tempayan. Dan lisannya seperti penutup bagi tempayan tersebut. Apabila dibuka penutupnya, pasti akan terzahir apa yang terkandung di dalam hatinya. Begitulah lisan seseorang. Penuturan serta perbualan seseorang mencerminkan status hatinya. Seorang mukmin, amat memerhatikan kesucian hatinya.

  • Khutbah memberikan kita peringatan agar sentiasa berusaha untuk memelihara tali perhubungan persaudaraan. Secara lumrahnya, setiap daripada kita pasti berhadapan dengan beberapa ujian dalam interaksi kita bersama para teman, rakan kerja dan juga ahli keluarga. Ia merupakan asam garam hidup bermasyarakat. Dan seorang mukmin merupakan insan yang bukan sahaja memerhatikan hubungannya dengan tuhan, akan tetapi juga hubungannya sesama insan.